Saturday, November 20, 2010

APAKAH MARY KAY TELAH MENGUBAH SAYA? JOM BACA..

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah perubahan ketara yang telah saya perolehi sejak mengenali Mary Kay...actually kalau nak cerita, banyakkkkk sangat.. tapi saya nak sentuh dari perubahan kulit wajah sahaja..

Nak tengok gambar saya sebelum mengenali Mary Kay? Gambar ni di ambil 2 tahun lepas.. actually segan jugak nak tunjuk gambar tak berapa nak cun nih..tapi sebab niat untuk berkongsi dengan anda semua, ku paparkanlah jua..
Masa ni umur 37 tahun... tak malu pun nak sorok umur sebab itulah kenyataannya...kulit yang sangat kering dan kusam, berjeragat.. nampak berumur kan? (sesuai la dengan usia)....eye bag yang sangat ketara tuh.. ish ish..

Yang ni pula gambar yang terbaru.. yang baru sahaja di ambil seminggu yang lepas..

Masa ni umur dah 39 tahun tau. Perubahan ketara, kulit nampak lebih firm, moist, nampak glowing dan bertenaga. Eye bag pun sudah hampir tidak kelihatan.

Terasa bersyukur sangat kerana mendapat kesedaran untuk mengambil berat tentang kulit wajah dan penampilan diri.. walaupun kesedaran tu datang pada umur 37 tahun tapi masih belum terlewatkan? Sampaikan anak saya, nabil (yang baru berusia 6 tahun) pun pandai komen tau...dia cakap "kulit mama lembut jek.."...dan yang paling seronok, bila hubby yang jarang2 sekali bagi pujian, tiba2 komen "kulit mama lembut, lagi lembut dari kulit nabil.." terpegun seketika... apa2pun, syukur sangat.. Alhamdulillah..segala kecantikan tu kan anugerah dari Allah...

Tujuan saya bercerita, bukan untuk membangga diri...tapi saya sangat ikhlas untuk berkongsi dengan anda semua...kalau boleh, saya inginkan semua wanita itu cantik...sememangnya semua wanita itu dilahirkan cantik... cuma terpulang pada kita untuk menjaga kecantikan itu...jangan biarkan ia pudar sebelum waktunya..Yang paling penting, dapatkan kulit yang sihat...klu kulit kita sihat, insyaAllah wajah kita pun sihat..

Nak tahu rahsia saya? Kalau penjagaan luaran, sudah tentulah dengan Mary Kay.. ada yang menganggap produk Mary Kay adalah mahal..pada mulanya dahulu, saya pun beranggapan yang sama...tapi setelah mengenali Mary Kay, barulah saya tahu, semua orang berkemampuan untuk memperolehinya dan ianya sangat berbaloi dengan hasil yang kita perolehi...Bak kata pepatah Inggeris "Good things, never comes cheap.." .. Tak kenal, maka tak cinta kan..

Kepada kawan2 semua... penatkan kita bekerja siang malam...peruntukkan sedikit untuk diri kita...diri kita juga perlukan belaian dan keistimewaan.. mungkin sekarang, husband cakap "i tak kisah yang..u tak cantik pun"...tapi dalam masa yang sama, terbeliak juga mata diorang kalau tengok wanita2 cantik lalu didepan mata (jangan marah ya guys....itu memang sikap lelaki normal..) Pernah terjadi kat kawan saya sendiri, bila husband dah jumpa wanita lain yang lebih cantik menawan, pandai pulak dia kata kat wife dia "u tengoklah diri u tuh, tak terurus..tak selera nak tengok"..ni kisah benar tau...mula2 dulu dia cakap tak kisah wife dia tak cantik...tapi bila dah jumpa perempuan lain, semua benda dia keluarkan..kalau boleh, tak naklah benda nih berlaku kat kita kan..nauzubillah..

OK lah saya stop kat sini dulu.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang rahsia penjagaan kulit dari saya, janganlah malu2 untuk hubungi saya ya...saya sedia membantu dan menjadi Perunding Kecantikan anda...


Belief, Trust & Luv
rok / rokie (019-3525405)
email: rk.nabil@gmail.com
http://beaute-butterfly-online.blogspot.com/

GO-CHINA SEMINAR @ HANGZHOU, CHINA

Alhamdulillah...saya baru sahaja kembali dari menghadiri Project SuperStar Seminar 2010 di Hangzhou, China. Pengalaman selama 5 hari (10-14th Nov 2010) yang amat menarik dan membuatkan saya merasa amat teruja untuk kembali ke sana..

Orang-orang China begitu teruja dengan Mary Kay. Jadi tidak hairanlah dalam masa lebih kurang 15 tahun, negara China telah mempunyai lebih 50 orang National Sales Director dan melahirkan ramai jutawan Mary Kay. Mereka mempunyai semangat yang tinggi, "Enthusiastic" dan "Energetic". Walaupun kebanyakan daripada mereka berasal dari keluarga yang miskin dan susah, tetapi hasil dari semangat tinggi yang ada di dalam diri mereka, membuatkan mereka boleh berjaya dengan Mary Kay.

Sebahagian daripada Go-China Seminar Achievers





Nanti saya upload lagi ya...

Monday, November 8, 2010

HONOR SOCIETY ACHIEVER

Alhamdulillah...satu lagi pencapaian di dalam Mary Kay...Pink Laptop from DELL... suka sangat kerana warna merah jambunya... lebih-lebih lagi ianya adalah PERCUMA...