Wednesday, April 27, 2011

TIMEWISE REPLENISHING SERUM C

Waahh.. ini adalah produk kegemaran saya.. TimeWise Replenishing Serum C..
Ianya banyak membantu saya untuk mengurangkan masalah pigmentasi... di samping itu ia dapat menghaluskan, melembutkan dan menganjalkan kulit.. tu yang boleh membuatkan nampak "telur" di pipi tuh.. saya pakai setiap 3 bulan... mungkin harga dia agak mahal sikit tapi kesannya tersangat berbaloi-baloi... kena cuba dahulu, baru tahu..

Macam ada seorang kawan saya sebelum ini, puas juga saya rekomen dekat dia supaya pakai.. dia cakap mahal.. tapi bila dah cuba sekali, terus dia teruja.. setiap bulan dia order dengan saya.. Alhamdulillah banyak perubahan yang dia dah perolehi..


Tuesday, April 19, 2011

CAREER CONFERENCE 2011

Alhamdulillah... kami baru sahaja menghadiri Career Conference 2011 di Berjaya Times Square Hotel pada 16 April 2011. Banyak kenangan manis sepanjang satu hari di sana. Pelbagai penganugerahan dan tidak ketinggalan juga sesi motivasi untuk semua Mary Kay Beauty Consultant yang hadir pada hari itu. Selesai sahaja tirai Career Conference 2011 berlabuh, satu suntikan semangat yang membara untuk kami terus mencapai impian untuk Seminar 2011 pula.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa Career Conference tersebut.



Sebahagian Beaute' Butterfly Unit Members yang hadir pada hari itu

Salah satu pencapaian saya, Honor Society Achiever. Mendapat Pink Laptop dan Bumble Bee.
Ni lagi satu pencapaian iaitu Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) di mana saya dengan dua orang my Future Off-Springs iaitu FSD Noraniza dan FSD Rozita akan bersama-sama ke Hangzhou, China pada 6 - 10 June 2011.