Saturday, February 21, 2015

JERAGAT.. PIGMENTATION.. MERBAHAYA KER??

Saya ingin berkongsi dengan anda semua betapa bahaya dan jahatnya J.E.R.A.G.A.T.

Gambar di bawah ini adalah salah seorang pelanggan saya yang baru saya kenali beberapa minggu yang lepas. Pada saya, beliau adalah seorg wanita yang cantik dan sangat berjaya.


Beliau telah menghubungi saya untuk membantu masalah kulit yang berjeragat. Menurut beliau, segala-galanya bermula dengan "small dot" sahaja di pipi. Beliau telah melakukan Laser Treatment untuk mengatasi masalah jeragat itu. Tetapi, jeragat hilang hanya beberapa bulan sahaja. Setelah 5-6x laser, kulit menjadi semakin nipis dan sensitif. Beliau telah menghentikan laser treatment tersebut. Dan sekarang, akibat kulit yg semakin nipis, jeragat semakin berleluasa di pipi.



Saya telah mengesyorkan set Mary Kay yang sesuai untuk wajah beliau dan beliau telahpun mula menggunakannya. Dan pada hari ini (20 Feb 2015), saya berpeluang untuk berjumpa beliau sekali lagi. Maklum balas yang saya terima, beliau sangat suka dengan set yang saya cadangkan. Kulit terasa lebih lembut dan sangat selesa memakainya. Tiada rasa kekejangan pada kulit. Saya sendiri melihat kulit beliau semakin lembap dan jeragat sedikit pudar. Seikhlasnya saya cuba yang terbaik untuk membantu beliau dan saya doakan semoga kulit beliau semakin pulih.

Nasihat ikhlas dari saya.
Jangan ambil mudah dengan masalah jeragat ya. Bukan sahaja laser boleh menipiskan kulit, malahan produk-produk pemutih dan pengelupasan yang berlambakan di pasaran, juga boleh menipiskan kulit yang akhirnya menyebabkan kulit berjeragat. Walaupun kita berduit, masih tidak mampu menghilangkan jeragat kerana belum ada lagi teknologi di dunia ini yang dapat menghilangkan jeragat 100%. Sayangilah kulit anda dan jagailah ia sebelum terlambat..


Rokie
Perunding Kecantikan Mary Kay
019-3525405

Sunday, February 1, 2015

BINA KERJAYA DI MARY KAY

Alhamdulillah..Mary Kay telah banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga. Sekiranya saya tidak bertemu dengan Mary Kay, mungkin saya masih bekerja di Bank. Pada saya, ini adalah kerjaya terbaik untuk wanita kerana kecantikan sangat sinonim dengan wanita. Di samping mempunyai kerjaya sendiri, saya juga dapat memberi sepenuh perhatian pada famili dengan menerapkan Mary Kay Philosophy iaitu God 1st, Famili 2nd and Career 3rd. TQ Allah for this beautiful career.

Jom ikuti secebis cerita saya yang dikongsi di suratkhabar Sinar Harian 25 Jan 2015 baru-baru ini di ruangan WOW (Wanita Oh Wanita). Semoga cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk mencuba membina kerjaya di Mary Kay.




Saya ingin membuka peluang kerjaya ini kepada wanita-wanita yang impikan kehidupan yang lebih seimbang. Marilah bersama saya untuk membina kerjaya bersama Mary Kay. Berilah peluang kepada diri anda sendiri.

Hubungi saya, Rokie 019 - 3525405 untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut ya.